Sunday, July 25, 2010

MALAYSIA VS KOREA SELATAN

Korea Selatan sedia gegar Bukit Jalil 





BUKIT JALIL - Korea Selatan bakal mempamerkan mutu permainan yang menarik disaksikan apabila turun menentang musuh lamanya, Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, jam 5 petang ini. 

Ketua jurulatih Korea, Hong Myung Bo berkata, pihaknya mengucapkan terima kasih kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kerana mengundang pasukannya menentang pasukan negara sempena 50 tahun hubungan diplomatik kedua-dua negara. 

Myung Bo turut ditanya media mengenai kebangkitan Korea Selatan sejak kegagalan melayakkan diri ke Sukan Olimpik Moscow 1980 setelah disingkirkan Malaysia dengan jaringan 2-1. 

“Sejak gagal layak ke Sukan Olimpik, kami memberi fokus terhadap pembangunan remaja di Korea. Hasilnya, sejak tahun 1986 pasukan tidak pernah ketinggalan beraksi pada Piala Dunia. 

“Malaysia pernah menjadi pasukan terkuat di Asia tetapi Korea terus meningkatkan kemudahan fasiliti yang bagus dan kini terdapat ramai para pemain kami beraksi di liga profesional serata dunia,” katanya. 

Sementara itu jurulatih negara, K. Rajagobal memberitahu perlawanan hari ini adalah untuk menguji kekuatan fizikal dan mental pemainnya untuk persediaan menghadapi Sukan Asia penghujung tahun ini. 

“Pemain saya sudah didedahkan dengan beberapa siri perlawanan persahabatan dan beraksi secara kompetitif dalam liga domestik. 

“Saya enggan menamakan kesebelasan utama pemain yang bakal diturunkan dan barisan anak buah saya pasti menunjukkan persembahan yang terbaik buat peminat pada perlawanan hari ini,” katanya. 

Dalam pada itu, pihak FAM memaklumkan perlawanan hari ini memerlukan pemenang dan akan ditentukan sepakan penalti sekiranya kedua-dua pasukan masih terikat masa sebenar.




>>selepas real madrid gagal untuk melawat malaysia....ini lah penggantinya....salah satu gergasi bola sepak asia ini khabarnya tidak akan menurunkan skuad piala dunia mereka...


tapi tak mengapa....perlawanan persahabatan ini diharap dapat menyemarakkan semangat pemain bola sepak negara untuk terus maju....


tak kira apa pandangan skuad korea selatan terhadap skuad bola kita...terima seadanya dan buktikan semangat Malaysia Boleh masih mekar....

1 comment:

Phantom said...

ya.hope malaysia makin bersemangat =D

Related Posts with Thumbnails