Friday, September 24, 2010

kalau bagi susu pada bayi..jangan ditinggalkan..

terbaca tajuk artikel baru di akhbar sinar..




Bayi tiga bulan maut tercekik botol susu di Putrajaya


PUTRAJAYA - Seorang bayi perempuan yang berusia tiga bulan menemui ajal yang dikatakan akibat tercekik botol susu yang diberikan pengasuhnya di sini Selasa lalu.

Selepas diberikan susu, Farisha Nur Hazreen Mohd Fairuz dibiarkan bersendirian sementara pengasuhnya memasak di dapur.

Bapa bayi berkenaan Mohd Fairuz Mohamad Stap, 31, berkata, pada hari itu, isterinya Haney Usmiza Abdul Hamid, 30, seperti biasa menghantar bayi mereka kepada pengasuh pada pukul 8 pagi sebelum pergi kerja.

"Farisha baru sahaja sembuh daripada selesema dan isteri saya sudah memaklumkan perkara itu kepada pengasuh tersebut.

"Kemudian kira-kira 10.30 pagi, isteri saya menerima panggilan daripada pengasuh yang memaklumkan anak kami tidak sedarkan diri.

"Isteri saya bergegas ke rumah pengasuh tetapi dimaklumkan jiran pengasuh itu, bayi saya sudah dibawa ke Hospital Putrajaya.

"Di unit kecemasan, isteri saya dimaklumkan bayi kami sudah meninggal dunia," katanya.



>>untuk laporan penuh di SINAR HARIAN




........................................................
dulu masa kes ney banyak keluar surat khabar...
aku tanya mak aku, macam mana bayi boleh tercekik masa minum susu..
mak cakap, sebab bayi 2 minun sambil baring...
cuba kita yang dah besar ney...
kalau minum apa2 dalam keadaan baring....
mesti susah giler nak minun kan..
sama jugak macam bayi ney..
bila air banyak sangat dalam mulut, bayi susah nak minum..


so, kalau nak susukan bayi..
tolonglah jangan tinggalkan bayi dalam keadaan baring...
pangku bayi atas kita sampai bayi habis minun susu botol..
bahaya..


pesanan untuk semua..
jaga lah anak kita elok2 nanti...
kalau jadi pengasuh 2...
jaga anak orang elok2...
amanah..


2 comments:

Mr Final said...

kesimpulannyer.. jgn gune susu cap junjung, gune susu cap gantung... sah2 xleh tinggalkan baby.. huu~

Qamaruddin Fauzi said...

kalau lah pengasuh nye boleh....
ini dah la jage anak org yg ramai...
mane cukup...

Related Posts with Thumbnails