Friday, September 24, 2010

iPhone 4 dilancar di Malaysia malam tadi



semalam, bertempat di Grand Ballroom, The Gardens Hotel..
berlangsungnya pelancaran telefon bimbit pintar iPhone 4 oleh syarikat telekomunikasi Maxis tepat jam 12 malam tadi..
dianggarkan seramai 3 ribu orang peminatnya sanggup menunggu sejak jam 5 petang lagi bagi mendapatkan gadjet ini..


di amerika syarikat, ianya telah dilancarkan sejak bulan julai lagi..
dan antara ciri unik yang terdapat pada iPhone 4 adalah:

  1. FaceTime untuk panggilan video yang dipertingkatkan, 
  2. paparan Retina baru yang mengagumkan, 
  3. resolusi terbaik pada sesebuah telefon bagi paparan teks, grafik, imej dan video yang menarik. 
  4. dilengkapi kamera 5megapixel dengan flash, rakaman video HD
  5. kemudahan untuk memuat-turun lebih 200,000 aplikasi yang terdapat di App Store.

Maxis menawarkan harga serendah RM890 hingga RM1990 untuk iPhone 4 32GB..
Manakala harga serendah RM490 hingga RM1690 untuk iPhone 4 16GB..

Turut hadir ke acara itu ialah Pengerusi Maxis, Raja Tan Sri Dato' Seri Arshad Raja Tun Uda, Ketua Pegawai Eksekutif Maxis, Sandip Das, Ketua Pegawai Operasi Maxis, Jean-Pascal Van Overbeke, Naib Presiden Kanan Servis Perniagaan Maxis dan Naib Presiden dan Ketua Produk, Peranti dan Inovasi Maxis, T.Kugan.




No comments:

Related Posts with Thumbnails