JAKARTA: Menteri Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia, Muhaimin Iskandar, hari ini melarang rakyatnya untuk pergi bekerja di Malaysia sebagai pemnatu rumah sehingga kerajaan Indonesia mampu memberi perlindungan sewajarnya kepada mereka.
Kenyataan Muhaimin itu sebagai reaksi kepada kes terbaru membabitkan penganiayaan terhadap pembantu rumah Indonesia, Winfaedah, di Malaysia pada 13 September lalu. Katanya, kes itu menjadi bukti bahawa mereka menanggung risiko tinggi jika pergi bekerja tanpa dokumen rasmi yang lengkap. "Jadi jangan berangkat ke Malaysia dulu sampai ada perlindungan yang jelas," katanya dipetik portal berita Kompas.Com.
Selain Malaysia, dua negara lain yang turut diminta dihindari calon itu sehingga ada kepastian perlindungan terhadap mereka ialah Kuwait dan Jordan.
Bagi melindungi keselamatan dan hak tenaga kerja Indonesia, Muhaimin berkata kerajaan Indonesia menetapkan bahawa pasport harus dipegang oleh mereka dan mereka juga diberi cuti pada hari minggu.
Mereka juga juga diminta sentiasa menyelaras dengan kedutaan besar Indonesia atau pejabat perwakilan Indonesia lainnya di negara mereka bekerja.
Beliau turut meminta agensi pekerjaan Indonesia memainkan peranan memperbaiki pengurusan komunikasi antara tenaga kerja Indonesia yang bekerja di luar negera dengan majikan mereka bagi membantu memberi pelindungan yang diharapkan itu.
Kes penganiayaan Winfaedah menarik perhatian Presiden Susilo Bambang Yudhoyono yang berkomunikasi secara terus dengan wanita itu.
Susilo turut meminta kedutaan besar Indonesia di Kuala Lumpur agar mengawasi proses undang-undang terhadap Winfaedah yang kini dirawat di Hospital Pulau Pinang.
Winfaedah yang berasal dari Lampung berusia 26 tahun itu dilapor dianiaya dan diperkosa majikannya dan kemudian ditinggalkan di tepi jalan sebelum ditemui 13 September lalu.
Kerajaan Indonesia menghargai tindakan cepat Polis Malaysia menangkap majikan Winfaedah berkaitan dengan kes itu. - BERNAMA
sedikit komen dari pembaca berita harian
>>bagi aku ada baik dan buruknya pada kedua-dua pihak..
buat malaysia baek aku diamkan sahaja..
cuma buat indonesia..
anda bijak menangani kemarahan rakyat anda yang sedang membara dengan pelbagai kes melibatkan hubungan malaysia & indonesia..
mungkin ini dapat mengurangkan tekanan buat pemimpin kedua-dua negara yang buntu mencari penyelesaian..
dan larangan ini selalunya membuatkan orang lagi suke langgar..
so, tunggu jer lah rakyat anda yang ramai 2 untuk melanggar syarat anda..
dan kat sini memang dah selalu dengar yang rakyat mereka lagi suke jadi amah disini..
2 comments:
diorang x pikir pulak yang jenis datang malaysia wat jenayah~hampeh
Sebenarnya aku rasa diorang memerlukanmLalaysia sebagai tempat kerja mereka @ cari rezeki. Aku duk felda dan orang indon yang bekerja dgn bapak aku sgt untung sebab kebajikan dijaga tapi ada segelintir orang felda yang tak takut akhirat. Mentang2 diorang masuk secara haram habis orang2 indon2 tu dieksploitasi. Ada yang tak bayar secukupnya n kebajikannya tak dijaga. Katanya alah dia masuk pun secara haram. Aku geram sbb ada bangsa begitu. susah untuk malaysia maju klu ramai yg begini. Aku geram dengan nila2 lakhnat ini...
Post a Comment