Monday, September 27, 2010

kursus kemahiran untuk pelajar gagal

entri ini sekadar review terhadap cadangan negeri terengganu memperkenalkan kursus kemahiran untuk pelajar yang gagal dalam peperiksaan SPM...




>>petikan kosmo



KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri Terengganu akan menyediakan kursus kemahiran kepada semua pelajar yang gagal dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran negeri, Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, kerajaan negeri akan menanggung segala perbelanjaan pelajar berkenaan untuk mengikuti kursus kemahiran tersebut.
"Kita mahu semua pelajar yang gagal dalam SPM memiliki kemahiran agar dapat membantu keluarga mereka keluar dari kepompong kemiskinan," katanya kepada pemberita selepas majlis penutupan Ekspo Pendidikan Terengganu 2010, di sini, hari ini.
Katanya, pelajar lepasan SPM akan diberi peluang mengikuti kursus kemahiran di pusat latihan di bawah kerajaan negeri dan mereka yang terpilih mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) akan diberi pengecualian.
Menurutnya lebih 25,000 pelajar akan menduduki peperiksaan SPM di negeri itu pada tahun ini dan hampir 4,000 daripada mereka dijangka gagal berdasarkan keputusan percubaan baru-baru ini. - Bernama
.................
<
dan cadangan buat kursus tersebut, bentuk minat pelajar agar meneruskan pengajian sehingga tamat....kerana masalah yang malaysia hadapi dalam menghasilkan pekerja berdaya saing adalah kerana kesalahan pelajar memilih jurusan semasa peringkat pelajaran....
dan buat pelajar yang gagal ini....kursus ini mungkin opsyen terakhir untuk memastikan mereka tidak terus terbiar selepas tamat proses pembelajaran ataupun menganggur awal....
bila minat terhadap bidang ini dapat ditanam pada setiap pelajar...mudah untuk memastikan pelajar tersebut terus menamatkan pengajian dan terus memasuki pasaran kerja yang sentiasa memerlukan pekerja bidang kemahiran ini....
cuma, target kerajaan negeri terengganu terlalu optimis mengatakan 4000 orang akan gagal SPM...perkara ini sacara ikhlas menjatuhkan moral pelajar yang gagal mencapai keputusan baik semasa percubaan yang lalu....dan bilangan nya adalah daripada 25000 calon...bukankah ianya angka yang sangat merisaukan buat negeri yang sering mendapat kedudukan baik di Malaysia....
sepatutnya kerajaan negeri terengganu mencari jalan mengurangkan bilangan gagal dan menaikkan bilangan cemerlang....dan barulah uruskan pelajar mereka selepas tamat peperiksaan....>>

No comments:

Related Posts with Thumbnails