Thursday, September 2, 2010

peralihan kuasa ketua polis negara

Timbalan Ketua Polis Negara ambil alih tugas pada 12 September

PUTRAJAYA: Kerajaan tidak menyambung kontrak perkhidmatan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan, yang tamat pada 12 September ini dan bakal digantikan timbalannya, Tan Sri Ismail Omar, berkuat kuasa selepas tarikh berkenaan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein ketika mengumumkannya semalam berkata, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Hussin Ismail akan menggantikan Ismail sebagai Timbalan KPN.








selepas pelbagai kontroversi peletakan jawatan ketua polis negara ini..
akhirnya semalam kementerian dalam negeri mengumumkan kenaikan pangkat tan sri ismail omar sebagai KPN yang baru..
moga2 perlantikan ini memberi sinar baru dalam meneruskan hasrat kerajaan dalam mewujudkan kehidupan selamat di malaysia..
lebih2 lagi kejatuhan moral dalam kalangan anak muda yang semakin membimbangkan..
selamat berjaya tan sri ismail omar dalam menerajui jawatan paling tinggi dalam kerjaya perpolisan..



No comments:

Related Posts with Thumbnails