Lama sungguh tidak melabuhkan badan dihadapan laptop untuk menulis di blog ini.
Ramai yang menulis di Chat Box akan blog ini seolah-olah mati kerana tiada entry baru.
Minggu yang cukup mencabar dan penuh dengan dugaan buat aku.
Perkara yang sebelum ini orang lain lakukan, aku cuba.
Perkara yang pernah aku benci, aku cuba suka.
Perkara yang sering dihalang atas sikap aku yang pemalu, aku tembusi halangan itu.
Kali pertama aku mencuba berkecimpung dengan aktiviti kepimpinan universiti.
Langsung tidak pernah terlintas diotak seawal aku menerima tawaran masuk ke UMP dua tahun lalu.
Ramai juga yang terkejut dengan keputusan ini terutamanya ibu aku, sehingga berkali-kali menelefon aku untuk mendapatkan kepastian.
Yang pasti keputusan ini aku ambil bukan atas desakan sesiapa.
Semua ini atas kerelaan aku sepenuhnya.
...........
Semalam merupakan lagi perubahan besar terhadap diriku.
Dipilih ke Majlis Perwakilan Mahasiswa UMP sesi 2011/2012.
Aku yakin satu evolusi terhadap corak kehidupan aku akan terjadi dalam masa terdekat ini.
Untuk itu, aku cuba mempersiapkan diriku untuk melaluinya dengan keikhlas mungkin.
................
Untuk hari ini dan esok, mungkin masa terakhir aku berehat untuk seketika waktu sebelum aku menjalankan tugas secara rasmi.
Kehidupan selepas ini masih belum bolehku agak.
................
2 comments:
Tahniah dik!
sowg blogger yg ambil cakna isu semasa pasti fhm dan ade idealisme terhadap kepimpinan mahasiswa..
tidak boley tidak perlu juga mengikut rentak tari kepimpinan varsiti, namun lg bgs lenggokkan mereka ikot rentak dan kemahuan siswa varsiti.. pemimpin siswa boleh lakukan ini.
All the best in utk setahun tempon memimpin... ikhlaskan diri.. dan plg penting Jgn abaikan Study (ini serius).. :D
jaga kebajikan pelajar sebaiknya.
Post a Comment