KENYATAAN MEDIA
Himpunan Mahasiswi Muda (Hawa Bangkit)
10 MAC 2012.
“Demi Malaysia Kita Bangkit”
Hidup dalam sebuah negara Malaysia yang sejahtera adalah impian dan harapan bagi setiap rakyat Malaysia. Sejahtera yang dimaksudkan adalah nikmat keharmonian, keamanan dan kebajikan tanpa sebarang elemen penipuan, penindasan dan kezaliman terhadap rakyat Malaysia. Walaubagaimanapun, impian hanya tinggal impian dan harapan sekiranya tiada sebarang usaha digerakkan dalam memberikan kesedaran kepada rakyat, seterusnya menyatukan seluruh rakyat Malaysia di dalam satu wadah menuntut hak dan membina kehidupan yang lebih sejahtera pada masa akan datang.
Dalam usaha mewujudkan satu gelombang baru kebangkitan rakyat ke arah membina kehidupan dan Malaysia yang lebih sejahtera, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) telah menggagaskan 10 agenda yang merangkumi keperluan dan harapan bagi seseorang rakyat terhadap kerajaan pemerintah. 10 agenda yang dikenali sebagai Harapan Malaysia Bangkit ini merupakan 10 pillar utama kehidupan dan menjadi inspirasi di peringkat anak muda dan mahasiswa Malaysia untuk dikongsi secara bersama dengan seluruh rakyat Malaysia seterusnya mewujudkan satu gelombang perubahan baru ke arah menuntut kesejahteraan bagi negara Malaysia.
Bertepatan dengan itu juga kami, dari Himpunan Mahasiswi, Sekretariat Malaysia Bangkit (Hawa Bangkit) tampil sebagai médium baru yang akan bergerak di medan rakyat khusus untuk membangkitkan kesedaran di kalangan rakyat Malaysia untuk membina kehidupan yang lebih sejahtera dengan menyasarkan kesedaran di kalangan golongan wanita amnya. 10 agenda kesejahteraan yang menjadi harapan Malaysia Bangkit adalah:

1. Negara sifar rasuah
2. Pendidikan percuma
3. Perumahan sejahtera rakyat
4. Rawatan Kesihatan percuma
5. Pengangkutan awam murah dan cekap
6. Pilihanraya bersih dan adil
7. Kebebasan media
8. Mendaulatkan perlembagaan
9. Ekonomi berkebajikan , dan
10. Negara hijau/kelestarian alam
Di peringkat Hawa Bangkit, kami akan terus bergerak di lapangan rakyat dengan pelbagai mekanisme dan cara dalam usaha mendekati kaum wanita di samping terus menggerakkan solidariti wanita dalam memperjuangkan kehidupan yang lebih sejahtera. Antara pendekatan utama yang akan kami adakan adalah menggunakan pentas jalanan, program-program ilmiah di samping program-program kerjasama bersama NGO-NGO di Malaysia. Di samping itu, Hawa bangkit juga akan terus bersolidariti dengan mana-mana pertubuhan dalam membantah sebarang bentuk diskriminasi terhadap golongan wanita.
Hawa Bangkit mengharapkan kesedaran di kalangan wanita Malaysia seterusnya bangkit bersama menbina kehidupan yang lebih baik pada masa akan datang. Kesedaran tinggi di kalangan wanita ini amat penting kerana wanita hakikatnya adalah golongan pelengkap bagi kaum lelaki dalam apa jua gerakkerja samada di peringkat membina dan mengurustadbir keluarga, masyarakat, juga dalam urusan pembangunan negara.
Sekian, terima kasih
HIMPUNAN MAHASISWI (HAWA BANGKIT)
SEKT MALAYSIA BANGKIT
................................
Mungkin aku tidak akan balas kenyataan ini sepanjang ini.
Tapi aku sedikit bangga dengan usaha mengubah negara ini sehingga begini.
Dari tuntutan BEBAS dan ADAM ADLI, mereka ini tidak pernah mengenal erti mengalah.
Laungan Perubahan Anak Muda makin menebal dalam kalangan mereka.
Tapi tolong lah, 10 tuntutan ini tuntutan lapuk. Konsep ini sudah lama, sekarang kita menghala kearah yang lebih berliku. Percayalah, aku bukan seorang yang mata duitan, tetapi dunia hari memerlukan perubahan yang memberi kebaikan terus kepada kerajaan dan masyarakat. Mungkin teknik mudah 10 tuntutan ini dapat menarik minat orang lantas beralih kepada anda. Namun berpijak lah dibumi yang nyata, jangan terus bermain bayang-bayang sendiri yang tidak pasti kemana arah tujunya.
Kalau ia pun hendak lakukan kesemuanya, lakukanlah penekanan khusus dan terus kearah perlaksanaan. Jangan bermain retorik masalah yang tidak pernah selesai. Kononnya kerajaan sebelum ini tidak pernah mengambil berat terhadap 10 tuntutan anda. Pelik, perkara yang telah dan sedang dalam perhatian menjadi pokok perjuangan yang entah ke mana haluannya.
Baiklah, jika mereka tampil dengan gerakan yang lebih kemas dan teratur dan perancangan masa hadapan yang lebih molek, aku adalah orang pertama yang akan menyokong anda dan akan membantu perjuangan anda. Tampil dengan kertas konsep lengkap berserta blueprint perlaksanaan tugas dalam mengatur langkah masa hadapan. Persiapkan gerakan dengan pelan tindakan yang lebih baik dari pelan sedia ada. Pasti anda diterima.
SEMPURNA!!!!
Mungkin saya juga menuntut kesempurnaan. Jangan salahkan saya jika ianya berpunca dari kalangan anda sendiri.
No comments:
Post a Comment