Wednesday, November 14, 2012

ORIGINALITI

Posting ini sebenarnya gara-gara perbincangan dengan QH yg mempersoalkan tentang originaliti penggunaan tumblr yg sering menggunakan sistem ReBlog dri posting blog laen yg kita folow. Pada hemat beliau "kita perlu hidup dengan idea dan originaliti sendiri berbanding menggunakan idea orang laen untuk memdapat perhatian orang."

Pada pandangan saya, konsep ReBlog ini juga sebenarnya mampu mengekalkan orginaliti kita dalam sebarang bentuk penulisan. Bagaimana?

Sebenarnya kita akan menulis pandangan kita pada ruang yg disediakan semasa kita ingin ReBlog sebarang post. Dalam ruangan itulah kita keluarkan segala idea mahupun interpretasi terhadap sesebuah gambar atau pandangan seseorang. 

Selalunya pandangan penulis asal post tersebut akan menjadi berbeza dengan kita kerana kita ada satu stigma untuk kekal dengan pandangan kita terhadap sesuatu keadaan. 

Saya yakin hidup di Tumblr bukan kehidupan yang penuh dengan pura-pura kerana kita hanya mendapatkan idea penulisan dari blog2 yg kita folow. Ada manusia yg perlukan bantuan dalam mendapatkan idea dalam sebarang penulisan, namun ada manusia yg cukup hebat kerana mampu hasilkan idea sendiri tanpa bantuan (Thinker). 

p/s: teringat masa tumblr awal2 dulu, ade yg salah sebut. boley pulak Tumblr jadi Tumbir. 




No comments:

Related Posts with Thumbnails