Pergolakan politik paling dahsyat dalam tahun 2011. Negara yang kita anggap aman dan mudah dimasuki bergolak dek pemerintahan kuku besi sehingga seluruh rakyat dari pelusuk bumi mesir bangkit menjatuhkan kekejaman pimpinan presiden Hosni Mubarak.
Ribuan rakyat asing dimesir sudah dibawa pulang negara masing-masing. Malaysia juga dengan bantuan tentera laut, udara, MAS, AIRASIA, Tabung Haji dan beberapa badan berusaha membawa pulang semua rakyat terutamanya pelajar yang dianggarkan berjumlah 7000 orang.
Seletah melihat 18 hari kumpulan Ikhwanul Muslimin berjuang menggulingkan presiden Hosni Mubarak, akhirnya presiden mesir ini angkat kaki dari bangku presiden yang telah dipegangnya lebih dua dekat. Menurut Omar Suleiman yang dilantik Hosni Mubarak sebagai Naib Presiden mengumumkan perletakan jawatan ketuanya itu dan beliau menegaskan akan pemerintahan mesir akan dijalankan oleh Majlis Tertinggi Angkatan Tentera.
Moga-moga kumpulan Anti-kerajaan ini berpuas hati dengan tindakan mubarak dan mengembalikan keamanan mesir seperti sedia kala.
Tindakan Mubarak ini agak lewat kerana pergolakan politik mesir sudah mula dikritik hebat pemimpin dunia sehingga menyebabkan kacau bilau yang sungguh dahsyat di negara mesir dan membahayakan nyawa orang awam.
Tapi aku agak risau akan khabar angin lagi beberapa negara islam lain akan menghadapi masalah yang sama setelah pemimpin yang menghadapi masalah kepimpinan.
Aku panjatkan doa agar perkara ini tidak berlaku dan berharap agar keamanan akan berkekalan diseluruh dunia.
Tapi aku agak risau akan khabar angin lagi beberapa negara islam lain akan menghadapi masalah yang sama setelah pemimpin yang menghadapi masalah kepimpinan.
Aku panjatkan doa agar perkara ini tidak berlaku dan berharap agar keamanan akan berkekalan diseluruh dunia.
1 comment:
Amin~
hum.tau takpe.kira bagus la nih. dia da letk jwatn skunk nih......
Post a Comment