Sunday, January 2, 2011

Lorong Haji Taib

Nama yang cukup tersohor di Malaysia. Pelbagai cerita tersembunyi disebalik nama lorong paling popular di Malaysia ini. Malangnya lorong ini bukan terkenal atas dasar kebaikan, tetapi sebaliknya. Sedih Bukan!! 

Namanya cukup suci kerana mempunyai perkataan HAJI yang bukan boleh dipermainkan. Namun itulah hakikat LORONG HAJI TAIB yang cukup sarat dengan noda. Dari luar nampak biasa, tetapi dalamnya penuh dengan maksiat dan perbuatan tidak bermoral.



Nampak sama ja macam lorong-lorong lain. Tapi keadaan biasa ini hanya di siang hari. Malamnya lain pula. Tentu ramai dah tahu pasal semua ini. Cuma aku sekadar pelik akan negara kita yang masih menghadapi masalah ini sedangkan pelbagai pendekatan digunakan. Bukan sekadar pihak berkuasa, badan swasta serta pihak persendirian juga turut serta dalam memerangi masalah ini. Karya seni melalui drama dan filem juga banyak membawa mesej kesedaran agar kita menjauhi perkara yang tidak bermoral.

Aku sebenarnya tidak berapa minat dengan gambar-gambar dibawah, atas dasar kesedaran untuk semua. Aku letakkannya juga. 

Sampai bila kita mahu perkara ini berlaku?? sampai kiamat?? Aku rasa segala jenis hubungan ada kat situ. Mungkin ada yang berpendapat perkara ini sudah berkurangan. Selagi masyarakat masih menganggap lorong haji taib, lorong yang kotor. Bagi aku masalah dilorong ini tak pernah selesai. Maka perlu untuk saling memperingati semua untuk menjauhinya. 


No comments:

Related Posts with Thumbnails