Friday, October 8, 2010

TPM punya kerja, Pagoh bakal salah satu pusat pendidikan

Petang tadi, masa aku sibuk online. Kawan sekolah teknik aku chat, dia cakap yang jurusan kejuruteraan di UIAM gombak akan dipindahkan ke Pagoh, Muar. Macam-macam dia tak puas hati dengan perpindahan itu. Seingat aku, ramai kawan-kawan aku pilih asasi kejuruteraan uia sebab dekat dengan rumah. Dekat dengan KL, senang nak keluar bandar. Bila dah tukar macam ini, saket hati lah diorang. Aku ni gelakkan jer lah, sebab aku sendiri mangsa di UMP ney.

Lepas chat dengan member aku, gatal tangan cari pasal pagoh. Nak tengok betapa terceruknya pagoh dari bumi muar. Jaoh jugak, dah lah muar tu macam tak ade pape jer. Dalam cari-cari itu, terjumpa berita dari The Star.

PAGOH to be education centre



Rupa-rupanya, pembukaan Pagoh sebagai pusat pendidikan tinggi ini idea TPM, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Patut lah ada cawangan baru nak dibuka disana. Bila selak latar belakang TPM kita ini, rupanya asal dari Muar. Patutlah kawasan Pagoh dipilih sebagai pusat pendidikan tinggi terbaru. Ini tak habis-habis kes naikkan kawasan sendiri dulu lah ney. Tak lama lagi, maju lah kawasan muar ney kan.


Bagos jugakkan, bestnye kalau dapat duduk dekat kawasan pemimpin malaysia. Boleh naik jadi maju sekelip mata. Dulu ade dengar pasal kawasan kepala batas dan Pekan.

>>Bagi aku, idea membina pusat pendidikan dikawasan sedikit pendalaman sangat bagus. banyak kebaikan kepada kawasan sendiri, selain pelajar yang akan merasa lanskap pendidikan berbeza selain dikawasan bandar yang sememangnya terkenal dengan pusat pendidikan setempat.

Thursday, October 7, 2010

susu satu malaysia dah dilancarkan...kini naik pula harga susu...

Bulan yang lalu, rasanya baru sahaja dilancarkan kembali program susu satu malaysia yang diteruskan untuk melahirkan generasi sihat dan kuat.

semasa pelancaran kempen susu 1 malaysia

semasa kempen susu sekolah lalu

Secara ikhlas, aku penyambungan semula kempen ini bukan pada masanya. Dalam kondisi kerajaan mendaki semula ekonomi negara, lebih baik fokus dalam menstabilkan pasaran ekonomi negara yang sentiasa dilaporkan baik sedangkan dalamannya masih terumbang-ambing dan pastikan semua kemudahan berada dalam keadaan sangat stabil untuk menyalurkan kembali wang kearah perkara yang pernah menyusahkan kerajaan sebelum ini.

Pastinya dalam melaksanakan kempen, bukan menelan seringgit. Sudah tentu wang bernilai jutaan ringgit dibelanjakan bagi memastikan kelancaran program. Dan konklusi mudah boleh dilontarkan, kerajaan sanggup melakukan segalanya untuk memastikan kerajaan tetap bertahan lagi-lagi dalam keadaan kerajaan hilang undi semasa PRU lepas. Inilah masanya untuk menjadi juara rakyat.

Malangnya, kurang satu bulan pelancaran kempen tersebut. Satu lagi perkara yang menakutkan rakyat iaitu kenaikan harga barang berlaku lagi. Memang sukar untuk mengikat satu ikatan bagaimana kaitan antara program susu percuma dengan kenaikan harga susu ini kan. Selalunya kenaikan harga barang dikaitkan dengan permintaan tinggi dan import dari luar negara yang membebankan pengeluar mahupun pembekal.  Pastinya penyediaan susu untuk kempen menyukarkan pengeluar menyeimbangkan semula kemasukan barang bekalan susu.

Inilah kesannya apabila terlalu menjaga sebelah pihak, pihak yang lain pula terkena tempiasnya. Dalam ingin memudahkan rakyat, ada juga yang terbeban. Sudah pasti, berita ini menyakitkan dan menakutkan rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah mahupun sederhana. Lebih-lebih lagi segelintir yang bergantung terhadap susu sebagai minuman harian. Pastinya gaya hidup mereka sedikit terjejas.

petikan berita harian

Friday, October 1, 2010

Adam Lambert datang Malaysia...


naib juara program realiti paling popular di amerika syarikat
AMERICAN IDOL musim ke 8..
awal tahun yang lalu...
penyandang juara yang menewaskannya dipentas final..
KRIS ALLEN juga singgah ke kuala lumpur bagi promosi album pertamanya..

kini ADAM LAMBERT pula singgah ke Malaysia untuk siri jelajah GlamNation...
pastinya ramai peminat adam lambert ini sudah tak sabar2 untuk menyaksikan pujaan mereka membuat persembahan secara langsung didepan mata mereka sendiri..

......................................
sebenarnya aku xberapa exited nak tengok konsert ney...
xmacam masa Kris Allen dan David Archuleta datang dulu...
memang aku giler nak pergi...
cuma xkesampaian...

kali ney memang aku gelak jer tengok sapa exited sangat nak pergi tengok...
siap ade yang ajak aku drive ke KL...
semata-mata nak tengok adam lambert live in kuala lumpur...

sebabnya...
tah lar...
aku layan jer lagu-lagunya...
cuma aku takut aku menyesal macam persembahan dye kt AMA tahun lepas....
xde lah sehebat perfomance masa american idol dulu....
dengan menari tah paper...
control voice berterabur...
lepas 2 gaya over2...
xminat langsung....
............................
Related Posts with Thumbnails