Tuesday, November 2, 2010

Senarai Lagu Separuh Akhir Anugerah Juara Lagu 25



Kalau dengar lagu kat radio, jarang la dapat tau sapa penulis lirik dan komposer lagu tersebut. Bila buka muzik-muzik, baru lah dapat tau sapa pencipta disebalik lagu yang dok layan kat radio.

Berikut senarai 30 buah lagu yang layak keperingkat separuh akhir Anugerah Juara Lagu 25, daripada jumlah ini 12 lagu akan layak keperingkat akhir pertandingan Anugerah Juara Lagu 25.

    Lagu                                 Penyanyi / Pencipta Lagu / Penulis Lirik
1. Inilah Cinta                  Akim/Akim/Akim
2. Sejujur Hatimu             Adibah Noor / Azlan Abu Hassan / Adibah Noor
3. Sofea Jane                  Black / Sham Kamikaze & Iswandy / Farril
4. Kau Harus Ada             Hujan / Noh Hujan / Noh Hujan
5. Adrenalin                    Faizal Tahir / Audi Mok / Faizal Tahir
6. Tika Masanya              Mirwana & Hujan / Akmal Mirwana Akmal / Mirwana & Noh Hujan
7. Gerak Hati                  Azlan & The Typewriter / Lake & Light / Lake & Light
8. Pelita                         A.P.I / Loque / Loque
9. Cinta Sempurna           Yuna / Yuna / Yuna
10. Nadiku                      Sabhi Saddi / Omar K / Zel Firdhaus
11. Tolong Ingatkan Aku   Ana Raffali / Ana Raffali / Ana Raffali
12. Ku Ada Kamu             Adira / Edry Abd. Halim / Edry Abd. Halim
13. Manifestasi Cinta        Fiq & Mirwana / Kuncidemak / Kunci Demak & Akmal Mirwana
14. Hanyut                      Faizal Tahir / Audi Mok / Faizal Tahir
15. Jahat                        Stacy / Edry Abd. Halim / Edry Abd. Halim
16. Cinta                        Mohd / Iswandy / Iswandy
17. Kebahagiaan             Shahir / Edry Abd. Halim / Edry Abd. Halim
     Dalam Perpisahan
18. Mencari Konklusi        Hujan / Noh Hujan / Noh Hujan
19. Selamat Malam          Faizal Tahir / Audi Mok / Faizal Tahir
20. Drama King               Meet Uncle Hussain & Black / Taja / Tun Teja
21. Hujan Bunga              Ana Raffali / Ana Raffali / Ana Raffali
     Di Kuala Lumpur
22. Extravaganza             Bunkface / Sam Bunkface / Bunkface
23. Oh Juwita                   Nubhan / 6ixth Sense / 6ixth Sense
24. Menggegar Dunia        Adam & Stacy / Edry Abd. Halim / Edry Abd. Halim
25. Susun Silangkata         Aizat / Aizat & Anas / Aizat & Anas
26. Cinta Kosmik              The Fabulous Cats / Alibi Hustler / Alibi Hustler
27. Realiti Dewi                 Alyah / Omar K / Zel Firdhaus
28. Noktah Cinta               Hafiz / Ajai / Shah Qalam
29. Berlari                        Tomok / Audi Mok / Shazee Ishak Tomok
30. Bersamamu                Joe Flizzow / Johan Ishak, Joeniar Arief, Koko & Syaheed / Koko
                                      & Yaheed


Tahniah buat semua yang layak keperingkat separuh akhir. Terutamanya buat yang kali pertama menjejakkan kaki kepertandingan ini. Jelas saingan sengit terutamanya daripada artis baru seperti Shahir, Adira, Mohd, Ana Rafali, dan Mohd. Tak lupa juara edisi lalu, Aizat dengan susun silang kata. Boleh dikatakan peringkat ini sudah cukup sengit untuk melihat kesemua lagu bertanding.



Ikut pilihan hati lagu-lagu duet memang pilihan utama Drama King, Menggegar Dunia, Tika Masanya, dan Manifestasi Cinta ingin dilihat menggondol anugerah utama selepas kali terakhir dimiliki gandingan Nurul dan Ajai dengan Keliru. Tak dilupakan indie band yang sering membuat kejutan lagi-lagi edisi lalu menampilkan Bunkface dan Hujan diatas pentas, paling mencuri tumpuan. Selain itu 3 lagu Faizal Tahir diharap layak keperingkat akhir. Tarian hangat Stacy pastinya mencuri tumpuan untuk layak ke peringkat akhir. Sama-sama kita nantikan pertandingan ini disiarkan di TV3.

Tak Sabar dah sebenarnya.(^.^)

5 comments:

Fnd Rocka said...

Gerak hati, hanyut dgn susun silang kata adalah feveret aku

Qamar said...

layan jugak~

Mr Final said...

oh xdpt nak pilih.. mcm byk yg besh... huuu~

Qamar said...

tau xpa...
penin nak pilih

Anonymous said...

best wooo lagu jahat..

Related Posts with Thumbnails