Monday, June 28, 2010

Daniel Radcliffe sangka Justin Bieber "perempuan"



AKTOR yang popular dengan watak Harry Potter, Daniel Radcliffe mengaku dia tidak mengikuti perkembangan semasa muzik pop apabila dia menyangka penyanyi remaja, Justin Bieber seorang perempuan.
Pelakon itu yang terlalu sibuk dengan kariernya gagal untuk mengikuti pasaran muzik terkini dan telah berputus asa untuk mengetahui siapa yang sedang popular. Katanya: "Saya begitu ketinggalan zaman apabila bercakap mengenai budaya pop.
"Saya hanya mendengar lagu Justin Bieber buat kali pertama dua minggu lalu. Secara jujurnya, saya ingat dia merupakan penyanyi perempuan kerana saya tidak pernah mendengar lagunya sebelum ini."
Sungguhpun tidak mengambil tahu mengenai muzik terkini, pelakon berusia 21 tahun itu memberitahu dirinya sedang mengambil kelas nyanyian dan sering menyanyi bersama kawannya di karaoke. Tambahnya kepada MTV News: "Saya sukakan karaoke sehingga tidak memberi peluang kepada orang lain untuk menyanyi.
"Saya selalu menyampaikan lagu Elvis Presley dan sukakan lagu Muse. Menariknya, saya amat bangga dengan diri saya kerana dapat menyanyi dengan baik. Sudah dua tahun setengah saya mengambil kelas nyanyian. Memang vokal saya tidak hebat tetapi masih sedap untuk didengar."

>>credit to kosmo....berita dunia yang menarik....memang ini sebenarnya komen yang paling biasa aku dengar masa awal-awal dengan aku dengar lagu justin bieber....suara budak....agak macam perempuan.....

3 comments:

balqis said...

sama ah, dulu masa 1st time dengar pun camtu. tp, lama2 suka. HAHA :P

Qamar said...

same la balqis...

Yiedpozi said...

suara Justin cam pompuan...

Related Posts with Thumbnails