Wednesday, July 21, 2010

Banyak negara sudah tapis Internet.....MALAYSIA???


credit untuk kosmo

KUALA LUMPUR - Banyak kerajaan sudah melaksanakan sekatan terhadap Internet dengan menapis akses pengguna kepada laman-laman web lucah serta berkaitan dengan politik dan agama.

Sebuah organisasi bukan kerajaan yang berpangkalan di Perancis, Reporters Without Borders (RWB) menyenaraikan 12 negara yang sudah melaksanakan sekatan itu sebagai China, Myanmar, Korea Utara, Vietnam, Mesir, Iran, Syria, Saudi Arabia, Turkmenistan, Uzbekistan, Cuba dan Tunisia.

RWB dalam laporan mereka menjelaskan, kerajaan negara-negara terbabit secara sistematik menyekat aliran maklumat menerusi Internet jika ia didapati boleh menjejaskan kepentingan negara, politik, agama dan moral rakyat.

Agensi berita Reuters pula melaporkan, Jerman juga tahun lalu telah meluluskan peraturan menyekat akses kepada laman-laman web lucah membabitkan kanak-kanak selepas mencontohi model yang dilaksanakan di Britain, Itali serta negara-negara Scandinavia.


>>malaysia bila pulak yer??
hari 2 ade dengar pasal malaysia nak sekat laman web yang tak elok ney....
tapi dalam 12 ney....tiada pulak...

tapi aku rasa satu hari nanti akan disekat jugak....
bagus lah....
dalam malaysia sekarang nak meluaskan jalur lebar kepada rakyat....
kene lah sekat bende2 macam ney....
tak lah, disalah gunakan nanti.....

1 comment:

SHAHRUL HAIRY DOT COM said...

Patut dah lama buat mende nie ( sekatan) .. nie jenayah rogol dah berleluasa baru nak sekat..

dorang sure dah de simpan yg download punyer, so jika sekatan pon dorang stil ade vids tersebut.. sekadar pandangan =D

yours
SH

Related Posts with Thumbnails