Wednesday, July 28, 2010

maradona bukan lagi jurulatih argentina

Maradona digugurkan sebagai jurulatih Argentina

BUENOS AIRES: Persatuan Bola Sepak Argentina (AFA) memilih untuk tidak memperbaharui kontrak lagenda bola sepak, Diego Maradona sebagai jurulatih skuad kebangsaan negara itu.

Jurucakap AFA, Ernesto Cherquis Bialo, berkata keputusan itu diambil selepas Presiden AFA, Julio Grondona mengadakan perbincangan dengan Maradona semalam.
Masa depan jurulatih berusia 49 tahun itu sejak tersingkir pada Piala Dunia di Afrika Selatan menimbulkan spekulasi media.
“Presiden memberikan beberapa petunjuk kepada Maradona dalam perbincangan yang panjang lebar semalam.

"Selepas itu, jawatankuasa eksekutif AFA sebulat suara memutuskan tidak membaharui kontraknya sebagai pengarah teknikal skuad kebangsaan," katanya.

Maradona yang kurang pengaralaman sebagai jurulatih hanya mengendalikan skuad kebangsaan Argentina selama 18 bulan dan hanya layak ke pusingan akhir Piala Dunia Afrika Selatan sebelum tersingkir pada pusingan sukur akhir kepada Jerman. - AFP

>>petikan berita harian


>>secara ikhlas...
aku tak terkejut langsung....
bahkan aku tertunggu-tunggu tentang pemecatan beliau.....
dan beberapa lagi jurulatih pasukan hebat yang tewas disepanjang musim piala dunia lalu.....
hahahaha (jahat giler aku)

anyway....
bye2 maradona...
kalau berpeluang...
dipanggil lagi sekali jadi jurulatih.....
kalau dapat lar.....

1 comment:

hazman aka species1980 said...

tapi... player still heppi kalau maradona jadi coach....cumer die kena amik sijil kejurulatihan....

Related Posts with Thumbnails